Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat dilaporkan telah menghantar 100 buah trak yang berisi senjata dan peluru ke kawasan yang dikuasai oleh pihak Kurdis di bandar Hasakah, Syria sepanjang beberapa minggu lepas, lapor media Turki dan Kurdis.
Pasukan Tentera Demokratik Syria (SDF) yang didominasi oleh Unit Pelindung Rakyat Kurdis (YPG) dilaporkan sebagai pihak yang menerima bekalan tersebut.
SDF pada ketika ini sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan darat ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Raqqa, Syria.
Menurut media Turki, Daily Sabah, pihak A.S menghantar senjata tersebut melalui jalan darat yang terbentang dari Iraq ke Syria pada 15 Mei dan 20 Mei lalu. Mereka menyeberangi sempadan Simelka di dalam proses itu, lapor Daily Sabah.
Konvoi itu dilaporkan bergerak dari Hasakah sebelum kemudiannya bergerak ke wilayah Raqqa di mana pasukan SDF sedang menghadapi kumpulan pengganas Daesh.
Menurut laporan media Turki, penghantaran itu merangkumi senjata seperti pelancar roket, mortar, pelancar grenad, raifal dan juga peluru berpandu anti-kereta kebal.
Setakat ini, pakatan yang diketuai A.S di Syria dan SDF tidak mengesahkan laporan-laporan di atas.
Tindakan A.S mempersenjatai YPG setakat ini telah menaikkan kemarahan Ankara yang menganggap kumpulan tersebut sebagai elemen keganasan. -ABNA24
/315
25 Mei 2017 - 13:50
News ID: 831885
Amerika Syarikat dilaporkan telah menghantar 100 buah trak yang berisi senjata dan peluru ke kawasan yang dikuasai oleh pihak Kurdis di bandar Hasakah, Syria sepanjang beberapa minggu lepas, lapor media Turki dan Kurdis.